Home
ingat saya
Bina Akaun Web | Lupa Password?
HOME  |  BERITA » Arkib BeritaProgram Aspirasi Tingkatan 5 2010
published on 02.07.2010, 00:47 AM

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Aspirasi untuk 300 lebih orang pelajar tingkatan 5 di SAMURA akan diadakan pada 2-4 Julai 2010.

Sepanjang program para pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang akan dikendalikan oleh fasilitator-fasilitator yang merupakan bekas pelajar SAMURA juga. Ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara para pelajar dan Alumni SAMURA di samping menunjukkan kepada mereka produk yang telah dilahirkan oleh pihak sekolah. Ini sekaligus akan dapat meningkatkan semangat dan keazaman kepada para pelajar tingkatan 5 dengan terbuktinya bahawa Sekolah Menengah Sains Muar telah banyak melahirkan pelajar yang berjaya dalam pelbagai bidang.

Selain dari modul LDK dan mass gathering, para pelajar akan turut diberi penekanan terhadap aspek kerohanian dengan adanya kuliah subuh dan maghrib serta tazkirah-tazkirah ringkas pada setiap kali aktiviti LDK. Ini bertujuan untuk meningkatkan dan memantapkan lagi kerohanian para pelajar.

Oleh yang demikian, diharapkan ramai bekas pelajar SAMURA terutama dari kalangan penuntut-penuntut di IPT dapat meluangkan masa sebagai fasilitator untuk program ini. Alumni mensasarkan sejumlah 30 orang fasilitator untuk program ini. 

Komitmen daripada bekas pelajar amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Saudara Hisyam ditalian 017-3017470 atau Saudara Zul ditalian 012-4131081.

Sekian, terima kasih.

 

-Bernama-

email artikel versi cetak 
kembali  |  ke atas  |  arkib artikel
SIGN IN above to tag!
 
 
 
 

Copyright © Alumni SAMURA 2003-2009, All Rights Reserved.

Powered by:

Home E-Komuniti Business X-Change Galeri Aktiviti Berita Hubungi E-Store Profil Home Business X-Change Galeri Ahli Aktiviti Berita Hubungi E-Komuniti Profil