|
Program Aspirasi Tingkatan 5 2010 Sukacita dimaklumkan bahawa Program Aspirasi untuk 300 lebih orang pelajar tingkatan 5 di SAMURA akan diadakan pada 2-4 Julai 2010. Sepanjang program para pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang akan dikendalikan oleh fasilitator-fasilitator yang merupakan bekas pelajar SAMURA juga. Ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara para pelajar dan Alumni SAMURA di samping menunjukkan kepada mereka produk yang telah dilahirkan oleh pihak sekolah. Ini sekaligus akan dapat meningkatkan semangat dan keazaman kepada para pelajar tingkatan 5 dengan terbuktinya bahawa Sekolah Menengah Sains Muar telah banyak melahirkan pelajar yang berjaya dalam pelbagai bidang. |
|
Takziah kepada Saudara Wan Zatu ... Dukacita dimaklumkan isteri kepada rakan Alumni kita, Wan Zatu (SPM'87) (hp 013-6606492) meninggal dunia pada jam 2.00 pagi, 15 Oktober 2009. Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di Taman Harmonis, Gombak sebelum disembahyangkan di surau berhampiran. Jenazah Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak, Selangor, selepas Zohor. |
|
Majlis Berbuka Puasa Alumni SAMURA Dijemput rakan-rakan bekas pelajar SMS Muar ke Majlis Berbuka Puasa Alumni SAMURA pada 12/9/09 di no 16&18, Jln Bakti16, Mutiara Rini,Skudai, JB(Depan surau Mutiara Iman). Majlis ini akan diadakan secara Pot Luck. Dijemput semua hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. |
|
MESYUARAT AGUNG DAN HARI KELUARGA ALUMNISAMURA 2009 NOTIS MESYUARAT AGUNG DAN HARI KELUARGA ALUMNISAMURA 2009 |
|
Laporan Ringkas Majlis Reunion 10 Tahun SAMURA (SPM 1999) Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Reunion 10 Tahun SAMURA (SPM 1999) telah berjaya diadakan pada 2 Mei 2009 (Sabtu) di Bayu Lounge, Kelab Tasik Putrajaya dari jam 10.30 pagi hingga jam 3.00 petang. Terdapat lebih kurang 70 tetamu yang hadir terdiri daripada bekas pelajar SAMURA SPM 1999 dan keluarga. Turut memeriahkan majlis adalah Timbalan Presiden Alumni SAMURA, Saudara Md Nur Zaky b. Zakaria dan Webmaster Alumni, Saudari Dzulfadli. |

