Fragment from blog: http://catmtnt.blogspot.com
Tahun perubahan.
First sekali aktiviti masing2 dah tak sama. Waktu Ms Leow (cikgu English) kata nak buat pementasan drama dan perlukan sukarela, hati start berdolak dalik, berani atau tidak. Bila loceng bunyi, kemas buku slow slow, dan bila tak ramai dah orang, baru bagi nama kat teacher. :) Takut kena gelak kalau member2 nampak. Rasa teacher pun terkejut tapi dia bagi juga skrip. Uji bakat kat kelas Ms Yong, cikgu yang paling garang masa tu. Tengok senior2 pun ada. 5 minit kat situ, slow2 bangun ingat nak keluar. Tiba2 cikgu panggil, suruh bacakan babak untuk "Becky". Hei.. baru nak lari. Cuba je lah. Habis baca dialog, cikgu diam. Dia conteng sesuatu kat kertas dialog, lepas tu dia suruh datang dewan pukul 9pm untuk latihan. Yes!! got the part.. happy nya Cerita "Tom Sawyer", hero dia student form 1: Othman. Tak kisah lah siapa jadi hero, janji dah dapat berlakon. Ramai2 duduk belakang pentas hafal dialog. Masa ni kenal dgn budak2 kelas lain :). Cikgu pilih 2 orang untuk watak Becky. Senior form3 akan belakon waktu pementasan untuk students whereas kita orang jadi pelakon tambahan . Tuan punya diri berlakon time PIBG. Ok lah, dapat tgk cara senior berlakon & turut serta kat part 1. Tapi paling sedih, bila time untuk pementasan PIBG tu, hero kena demam campak. Pementasan batal. Ada orang tanya kenapa time ni tiba2 famous sedangkan sebelum ni diam je. Famous? :) tak de lah. Cuma mungkin lagi banyak campur orang, tu je. Time ni tak suka duduk kat kelas sangat. Well, masa ni heboh pasal isu bertudung. Dalam kelas, yang melayu dan tak pakai tudung, cuma saya ngan Yam. Yam atlit, dia aktif bersukan, so ok lah kes dia. Tuan punya diri di cop sebagai degil sbb tak nak join the club. Budak perempuan tak kisah, budak2 lelaki pulak yg lebih2. :) Funny, bila fikirkan, mereka yg gangster2 tu yg lebih bising , keluarkan hadis itu dan ini. So, bila dah keluar berlakon pakai skirt, lagilah bertambah sindiran. Tak kan nak pakai tudung sbb di paksa, lagipun ada sebab2 sendiri.. buat2 tak dengar je lah. April Fool 1987: salah sorang dari pelajar puteri kelas ni, decide nak kenakan semua pelajar lelaki. Dia hantar mesej kat PA system, suruh semua pelajar kelas 2 Azam, pergi ke kelas selepas makan kerana ada perkara urgent. (ada lebih kurang 1 jam sblm waktu prep petang). Bila kita orang pergi kelas waktu prep biasa, tengok tempat pelajar2 perempuan bersepah. Paling terasa bila tgk meja kita sorang aje ada kat luar kelas dgn buku2 bersepah dan ada yg terkoyak. Biasalah, org yang di cop bersalah, dihukum tanpa dibicarakan (macam suasana kerja aje bunyinya kan). Bila orang yg plan kan April Fool tu mengaku kata dia buat, semua senyap. Hidup jalan macam biasa tapi hati dah tak de kat kelas. Mula lah....... -hana Wednesday, April 22, 2009 at 8:41pm-
lagi2, Sis Hana?....
nice story sis..... bole berkenalan
Sambungan Fragment Memories of SMS Muar II:
Mula lah satu acara menyibukkan diri sbb dah tak nak ambik tahu hal kelas. Masuk apa2je persatuan yg tak ramai ahli dia :) , daftarkan diri untuk jadi pustakawan, masuk Puteri Islam, masuk kelab BI, melukis.. masuk pasukan hoki. Hoki? :) Jangan tak percaya.. hehehe betul. Kamisah, Jahara, Irene pun ada sekali. Kelab Bahasa Inggeris paling seronok time ni sbb banyak aktiviti. Paling ingat time cari harta karun keliling kawasan dewan dan canteen. Mula2 beria ikut clue 2 dia. Satu group 3 orang. Tapi lepas tu main ngelat, jumpa clue orang lain, pun kita baca dan sorokkan tempat lain. :) Tak ingat siapa menang, tapi it was fun. Lepas tu, Irene & tuan punya cerita ni disuruh pergi pasar Muar untuk beli barang2 untuk jamuan tahunan. :) Duit bagi tapi senarai tak de. Manalah kitaorang tahu apa nak beli. Last2 pilih je lah benda 2 yang kita dua orang minat nak makan. hehehe. Nasib baik tak de orang complaint, so kiranya ok lah tu. Masuk bahas sebab terpaksa. Sbb selalu tak de kat kelas, ada je orang yg suka2 letak nama untuk bahas. Tak suka sangat bab ni sebab nak kena fikir apa nak cakap, nak lawan balik hujah orang (time tu mana ada google kat sekolah). Peace not war :) So buat je lah. Kalah atau menang langsung tak penting (Penolong Ketua Tingkatan je yg marah sekali tu sbb dia kata tak serious tapi.. kita orang menang ;P lawan Pujangga time tu). Lawan kelas Ben, ingat Ben? :) Lepas tu entah apa2 je kuiz BM, kuiz BI, matematik (yg tak minat pun ada nama kat situ), ada je kena masuk. Sebagai tunjuk perasaan, tak ada nya nak ulangkaji untuk kuiz2 ni. Yang tau, bila tiba time , naik atas pentas dan cuba lah jawab. :) Betul atau salah belakang kira. . -hana Wednesday, April 22, 2009 at 8:41pm-
awak pun...
Ammar208, awak ingat lagi cikgu Yusri? :) one of my favorite teacher.
Cikgu Yusri bertahun juga jadi warden kat asrama lelaki. We all panggil dia "Cikgu Seri". Nampak lembut, tapi boleh tahan garang. Bak kata orang strict le juga. Dulu2, kita orang minat kat dia sebab : senang nak ambik kebenaran pergi hospital Muar
Sepatutnya kalau sakit, nak pergi hospital, kena jumpa dengan XXX XXX, :) orang paling garang n paling berkuasa kat asrama. Kalau demam sikit, jangan haraplah boleh pergi hospital. Nak duduk bilik sakit pun susah, apa lagi kalau terfikir tak nak pergi prep. Check kepala rasa suhu badan. Kalau panas sikit , bukan nya dia kesian. Malah suruh lagi lari pusing keliling bangunan asrama. Alasan dia: "Budak2 zaman sekarang ni, mengada2. Ubat dia senang aje, pergi keluarkan peluh. "
haah la awak...... aja math kan...rambut krinting pakai..spek.... ingat ingat ingat..
Sahabat-sahabat seperti nama-nama di atas..
Bagus gak cerita anda semua.. Tapi bab anda memanggil Cikgu Yusri dengan nama "Cikgu Seri", amat "tersentuh" seluruh jiwa dan raga ku..
"JADI..", itulah perkataan yang sering diutarakan oleh beliau semasa "announcement" di dewan makan.
Tak pe.. sambung cerita lagi Cik Hana, leh kita baca ramai-ramai..
SHAKE KULAY (1987)
Ingat lagi Cikgu Yusri baling duster keluar dari kelas. Tu 2nd time tengok dia marah. Kalau tak dia senyum aje. Steady.
Rasanya hari tu mungkin dia tensyen sesangat. Kita orang tengah konfrantasi dengan budak lelaki. Sebab dia : they all tak nak buat duty bersihkan kelas. So.. :) kitaorang pun mogok tunjuk kan degil. ceh.. hasilnya duster tu penuh dengan habuk kapur. Dah lah kelas tu lemah maths, Cikgu Yusri nak padam papan hitam, bukan makin bersih. Papan hitam pun tukar jadi papan putih. Semua orang kena denda berdiri.
Funny bila fikir fikir balik. Dia kata selagi tak de orang bersihkan duster tu, dia tak akan sambung mengajar. Ketua Tingkatan buat dek aje. :) So, penolong dia terpaksa lah mengalah, pergi ambik duster tu dan bersihkan. Habuk memang banyak. :) Yang buat ter'merah muka' bila Cikgu Seri tekankan kata semua orang tak malu ke tengok Hana yang pergi bersihkan duster tu sedangkan yang lelaki sorang pun tak gerak. Dia tak nampak kat jadual bertugas tu ada nama Hana untuk tugasan bersih kan kelas minggu tu.. hehehe. Nasib baiklah tak de orang kata apa.. malu nya..
Cik Hana dan rakan seperti nama di atas..
"Tersentuh" kerana "terharu". "Terharu" bila terkenang Cikgu Yusri dan lain-lain Cikgu yang pernah mengajar di SMSMr.
Tak pe, cerita aje.. Semua yang diceritakan tu takkan mengubah apa-apa, coz semuanya dah berlaku.
Kami dapat tau, ada student pernah merantai motornya (jenis Yamaha RXS kaler hitam) ketika beliau parkir di depan bilik warden atas sebab-sebab tertentu. Kalau time bulan Ramadhan ini, beliau begitu sibuk menguruskan transport untuk student yang akan balik ke kampung halaman. Perjalanan ke JB, Kota Tinggi, Seremban, Melaka, Kuala Lumpur (perjalananan ke Sg. Abong dan Tg Gading tak ada la.. pasal dekat sangat).
Berapa gaknya umur beliau ek sekarang? Rasanya mesti dah 50 atau 51 tahun. Rambut mesti afro+beruban. Maaf ye Cikgu jika terbaca ruangan ini..
Zaman kita org kita panggil cikgu ni YUSRAK ...hehe..Saja nak menyelit...sambung jgn tak sambung
Tingkatan 3, masuk ke Tingkatan 3 Cekal. Mula mula dulu nama kelas ikut nama pasukan rumah sukan. Bestari, Budiman, Sarjana & Pujangga.
Bila tukar pengetua dari Tuan Rashidi ke Tn Hj Yacob Ideris, wawasan sekolah pun berubah juga. Nama nama kelas bertukar ke Arif, Azam,Cekal,Tabah, Tekun, Tekad.. Kami semua mula bercampur , tak lagi masing masing berkawan dengan pasukan rumah yang sama warna aje.
Masa form 3 guru kelas : Cikgu Onn. Mostly, Cikgu Onn ajar matapelajaran Sejarah. Tingkatan 3 tahun SRP kata orang.... tapi masa tu juga ramai yang tengah beralih ke zaman nak jadi dewasa. Ha.. adik angkat lah, abang angkatlah, surat surat dan kiriman salam beredar dari satu kelas ke satu kelas. Surat warna biru, pink, kuning (dengan bedak wangi bertabur atas kertas) terselit celah buku kerja & buku teks. Tersenyum tengok bila ada member yang resah: surat yang nak di hantar tiba pada orang yg salah. Malah ada juga yang kelam kabut (panik) bila cikgu tiba2 nak pinjam buku. Seronok juga jadi pemerhati ni :p
Waktu aktiviti untuk kegiatan kegiatan yang tak terdapat dalam sukatan pelajaran ni:
a) tentu lah prep petang. Tempat : kelas orang yg di usha b) Kalau duduk kat perpustakaan, lagi lah macam macam aksi dan cerita dapat di lihat. c) Bila time Bahasa Inggeris.
Semua kena tukar kelas ikut set masing masing. Teringat sorang kawan ni. Bila lalu kat kelas tertentu, mata cari seseorang. Pandang, senyum, habislah lepas tu bila balik kelas, kena lah dengar member tu cerita yg hari ni dia nampak "seseorang" dan orang tu senyum lah, pandanglah kat dia.. :) Ada yang ambil time ni untuk pilih duduk kat tempat org yang dia minat, tak dapat tgk orang, tgk buku pun jadilah. Segala maklumat tentang sidia, tanyalah kat girl tu. Dari tulisan sampai ke markah ujian semua dia boleh cerita dari A ke Z. Tapi study tetap study. Tu yang respect tu.
d) lalulintas corridor ke toilet (tingkat bawah & tingkat atas). hmm :) e) Dewan makan. Ingat? tempat duduk waktu makan : separuh pelajar perempuan, separuh pelajar lelaki. Dua pihak duduk menghadap antara satu sama lain. Memerhati dan di perhati.
Ingat tak time tu ada hi-tea bersama guru. Mereka yg dipilih 5 lelaki, 5 perempuan makan kat meja besar dgn cikgu. Belajar makan cara sopan guna garpu dan sudu. Makanan memang sedap.. tapi biasalah pelajar perempuan mostly bila dah duduk kat situ,
mesti makan sikit je. malu.. manalah tau garpu jatuh ke, ayam terbang.. dah habis hi-tea, sibuk cari biskut :)
f) Dewan besar bila ada ceramah. Semua berebut nak duduk belakang sekali.
Rasanya dah habis cover semua area dah. Ada tempat lain ke? :)
dulu klas laki pompuan asing2 ye?
allo shake!
I'm backkkk...
lame den x lepak cni,....
You have to be logged in as an Alumni member to add your comment: