Jangan Dihaprakkan Perjuangan Alumni Kita - Ini Bukan Hanya Satu Kertas Kerja
Assalamualaikum/Salam Sejahtera, Tuan Presiden Alumni yang dimuliakan dan barisan EXCO yang gigih berusaha Tuan CEO & Pengarah-pengarah Semesta Inc.yang dihormati Tuan Webmaster/Moderator & Pegawai-Pegawai Kanan dan anggota web Alumni Samura Semua sahabat Alumni yang dikasihi. 1. Saya rasa terpanggil untuk mencadangkan supaya dilancarkan segera Derma kepada Tabung/Dana Alumni. Setiap seorang sumbang RM10 sahaja. 2. Dari kalkulasi kasar, Alumni yang berdaftar di web setakat hari ini berjumlah 2,895 orang. Katakan yang akan menyumbang ialah 2,000 orang sahaja (yang 895 orang adalah golongan LOKEK TEGAR) maka kita boleh kumpul RM20,000 dalam sebulan ini. Webmaster tembak satu email kepada semua, kita lancarkan segara. 3. Sebagai ahli yang cintkan Alumni ini, jangan bagi pelbagai alasan untuk tidak menyumbang RM10 dan janganlah kita termasuk dalam golongan LOKEK TEGAR itu. Kalau ada masalah camana nak dapat RM10, gunakan tip ini. a. pada yang merokok, stop beli satu kotak 20 batang dan sumbang duit itu ke Alumni b. berpuasa sunat @ atau puasa diet - 2 hari Isnin/Khamis - ambik duit yang tak guna untuk lunch/breakfast itu dan sumbang ke Alumni c. korek/pecahkan dari mana-mana akaun/tabung ayam dan pejam mata -- sumbang terus ke Alumni Cuma RM10 je untuk Alumni kita. 4. Saya pernah usulkan/suara sumbangan/hal ini semasa kita mula-mula ingin tubuhkan Alumni, tetapi kerana terlalu ramai yang memberi pelbagai versi alasan, nak tau itu nak tau ini --- maka Alumni kita menjadi papa kedana -- takkan kita nak tengok Alumni kita masuk rancangan BERSAMAMU TV3. 5. Untuk itu, Webmaster/Moderator web Alumni --- a. sediakan/buatlah satu kolum besar - namakan "Perlancaran Tabung/Dana Alumni Samura" @ nama lain yang lagi ganas/sesuai b. publish tujuan Dana kita & no akaun Alumni c. buat step, bila dah bank-in (samada guna M2U @ Cimbclick @ resit) emel/fax resit pada webmaster dan Bendahari untuk rekod. d. gunakan resit yand di emel/fax itu -- dalam kolum khas itu, webmaster buat senaraikan nama penyumbang dan Batchnya dan amaun sumbangan mereka itu (hatta walau RM1.00 sekalipun) . Kalau yang memang jenis banyak duit -- RM10 ni kira macam taik gigi je, sumbang lah lebih. e. buat total jumlah penyumbang setakat semasa f. buat total jumlah terkumpul, tengok boleh tak kita cecah RM20,000 g. Kat bawah kolum itu tulis -- "Semoga Allah memberkati sumbangan tuan/puan dan Allah limpahkan rezeki yang berpanjangan sihat tubuh badan kepada tuan/puan dan keluarga dan keturunan tuan/puan". (bila semua orang yang akses web itu baca, ianya jadi doa yang berpanjangan.) 6. Kita janganlah beri seribu alasan. Cukuplah memberi alasan. Cukup la... Memberi alasan memang sedap. Mari kita bekerjasama membantu Presiden/EXCO/SIB. Sebelum kita semua pejamkan mata kat dunia ini, takkanlah kita nak tengok Alumni kita sendiri merengek-rengek mintak sumbangan. Apa barang ahli Alumni macam ni... Sepatutnya Alumni kita dah boleh bagi sumbangan kepada pelajar SPM yang cemerlang atau pelajar SMS Muar yang miskin tegar. Apalah malang Alumni kita ni, camana nak berjuang, nak mintak RM10 pun kemut... 7. Harap dapat sokongan dari Presiden/EXCO dan segera mendapat tindakan paling waras daripada semua ahli. Tak payahlah nak debat usul aku ni, pejam mata hulur je lah RM10 kat Alumni. Ikhlaskan sumbangan kita. Janganlah dipikior sangat RM10 duit kita tu... Panjang-panjangkanlah. 8. Saya mohon ampun dan maaf. Terimakasih. --- tajudin (017-8824875) http://tajudinms.blogspot.com
tak langsung haprak.
tapi, takde cara pembayaran melalui paypal ke?
gerak terus je...
masuk program bersamamu k gak...chapub
haha
no akaun alumni berapa Bro?
bro komeng..
Bank-in kepada akaun Alumni SAMURA:- CIMB A/C No: 12240009198058
ni aku dapat dari email AS semalam..
Thanks Bro. Esok Insya Allah aku sahut seruan Brader Tajudin Mohd Sap.
aku sokong idea abg Tajuddin..insyaallah akan diusahakan....
Komeng,
Ada online payment faclility kat mainpage ... x yah gi bank !!!
bro mokh,
ada credit card cam bro2 sekalian boleh la guna payment facility tu...
kalo nak online gak, cimbclicks pon boleyyy....
aku harap ramai la dermawan eeekkk...
INSYAALLAH ADA REZEKI LBH, AKU AKN BANK IN NNTI.....
salam..
kalo boleh,,
officialkn no akaun utk alumni atau ape2 yg menampkkn no akaun tu adalah sah milik alumni..tq
You have to be logged in as an Alumni member to add your comment: