Discussions Umum » SUMBANGAN UNTUK PROGRAM PENGANTARABANGSAAN SAMURA KE BEIJING 2009

Post 1 - 5 of 5 Page: 1  

zainudin
offline
zainudin
18-03-2009 3:51 pm, edited: 18-03-2009 3:53 pm
Prebet

Rujukan : SMS/MR/07/09/001/1(40)

Tarikh : 14 MAC 2009

Kepada, Ahli Alumnai SM Sains Muar.

Penajaan dan Sumbangan bagi Peserta Program Pengantarabangsaan Sekolah Menengah Sains Muar ke Beijing, Republik Rakyat China 2009

Perkara yang tersebut di atas adalah ingin dirujuk.

2. Ingin dimaklumkan bahawa bagi mengekalkan kecemerlangan sebagai antara sekolah yang terbaik di Malaysia, pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah ini akan mengadakan Program Pengantarabangsaan Sekolah Menengah Sains Muar ke Beijing , Republik Rakyat China 2009 pada 8-12 Jun 2009.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya ahli alumni SM Sains Muar, JOhor dapat menaja atau memberi sumbangan kepada pihak sekolah bagi menampung atau mengurangkan sebahagian kos perbelanjaan program tersebut. Kos bagi seorang pelajar ialah sebanyak RM3,000.00.

4. Segala penajaan dan sumbangan hendaklah disalurkan menggunakan cek / wang kiriman atas nama PIBG SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR sebelum atau pada 30 APRIL 2009.

5. Sebarang pertanyaan hendaklah diajukan terus kepada pihak sekolah dengan menggunakan alamat dan nombor telefon 06-9523181 atau terus hubungi TUAN HAJI ZAINUDIN BIN DIRIN.

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian dan terima kasih.

HAJI SAMIAN BIN SAWIYO,

Pengetua Kanan,

SM SAINS MUAR,

TANJUNG AGAS,

84009 LEDANG,

JOHOR DARUL TAKZIM


mokhsin
offline
mokhsin
25-03-2009 3:50 pm
Leftenan Jeneral (Exco)

Encik Zainudin ... EXCOs telah berbincang mengenai perkara ini dan kami telah menyusun berapa langkah untuk membantu pihak sekolah seberapa termampu didlm perkara ini dan kami sedang berusaha keras ini. Kami akan berhubung dgn pihak sekolah secara rasmi sebelum tarikh tutup yg telah dinyatakan diatas 


ultimus
offline
ultimus
26-03-2009 3:27 am, edited: 26-03-2009 4:35 am
Lans Korporal

ini pendapat aku la kan. kalau pihak sekolah nak buat lawatan luar negara macam ni setiap tahun, kalau mintak sumbangan setiap tahun.. memang tak dapat la nak cukup sebab perbelanjaannya mahal.  aku rasa, diorang patut jugak mintak tajaan syarikat2 atau organisasi2. some companies may want to sponsor this kind of activity. who knows.

just my 2 cents.


komeng
offline
komeng
29-03-2009 2:41 pm, edited: 29-03-2009 2:42 pm
Mejar Jeneral (Appointed Member)

this is my 2 cents,

Kenapa tak ditrain diorang buat kerja2 ringan utk mengisi tabung utk buat lawatan ke luar negara? Aku rasa patut jugak diorang "berpenat lelah" sikit. Untuk menunjukkan betapa bernilai setiap ringgit yang diperolehi. Kerja-kerja macam jual biskut, bunga, coklat or anything lah. Jgn jual badan dah. Modal? Mintak ngan pihak sekolah. Untung masuk tabung. Sesudah selesai, bayar balik pada pihak sekolah.

One more, kenapa jauh sangat ni Tuan Pengetua? Pada hemat saya, banyak lagi tempat tempat yang boleh di bawa diorang melawat. Bawa diorang ke Sabah or Sarawak. Bawa diorang melawat sekolah sekolah pedalaman kat sana. Tengok cara student kat sana study tanpa peralatan yang cukup.

Sekarang ni zaman gawat. Kalau melawat dalam negeri, cash flow kita hanya "berlegar legar" dalam negeri sahaja. Zaman berjimat cermat. Datuk datuk pun dah tak se SPA lagi.

JUST MY 2 CENTS

http://www.rhisham.blogspot.com


zainudin
offline
zainudin
09-04-2009 4:57 am
Prebet

Assalamualaikum semua. Saya bagi pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas sumbangan idea dan kewangan atas program tersebut. Kami sangat berbesar hati atas keprihatinan yang ditunjukkan kepada SAMURA. Terima kasih juga atas komen yang diberikan oleh Komeng dan Ultimus, kami hargai komen tersebut. Kehadiran kami ke China atas misi tertentu dan dipersetujui setelah bermesyuarat terlebih dahulu. Bagi exco kami amat berbesar hati atas sumbangan itu.  Insya-Allah pihak kami sedia dihubungi pada bila-bila masa. Terima kasih semua.



Post 1 - 5 of 5 Page: 1  

Add your comments

You have to be logged in as an Alumni member to add your comment:

remember me
HOME | REGISTER | HELP
remember me
HOME | REGISTER | HELP
   
advanced search
 

 

Total Public Discussions: 67
Total Public Posts: 3238